Jun 29, 2011

:: LOVE YOURSELF ::

.: Ape agak2 nye tajuk sembang kita kali ni? mesti terfikir2 kenapa tajuknye "love yourself".. hurmm. siapa dapat teka, angkat tangan! :) ok, kali ini saya nak brkongsi dengan rakan2 tentang CARA UTK MENCEGAH KANSER..! harapnya kawan2 dapat membaca dan mengambil isi-isi penting yang ingin saya ceritakan.. sebab apa saya ingin brkongsi tips2 ni, sebab saya sendiri mempunyai pengalaman brkaitan penyakit kanser ni.. harapnya kwan2 betul2 dapat menjaga KESIHATAN sebab saya lihat masyarakat kita hari ni ramai yg mati memgejut la, (heart-attack) penyakit ini la itu la.. mcam2 jenis ada.. x masuk lagi kanser, mcm2 jenis ada.. Adalah dilaporkan, dlm setiap 10 saat, seorg mangsa meninggal dunia akibat kanser paru-paru di dunia ini! wow. okey, jadi disebabkan saya SAYANG kan semua kawan2 saya... mari kita share sama2 tips2 di bwah! utk pengetahuan, saya ambil tips2 ini dri buku brtajuk "Panduan Mencegah Kanser"


1) Pilihlah diet yang berasaskan tumbuhan yang kaya dengan pelbagai sayuran dan buahan, kekacang dan menggunakan ruji berkanji yang diproses.

2) Elakkan daripada kekurangan berat atau berat yang berlebihan dan hadkan berat ketika dewasa kepada kurang dari 11 paun (5kg).

3) jika anda kurang bergerak di tmpat krja, cubalah mmbuat latihan brjalan kaki selama sejam atau senaman seumpamanya stiap hari, dan brsenam sekurang-kurangnya sejam smnggu.

4) makanlah 5 atau lebih hidangan sehari pelbagai sayuran dan buahan di sepanjang tahun.

5) makanlah lebih daripda 7 hdangan sehari plbagai bijian, kekacang, tumbuhan brakar dan brumbi. kurangkan mkanan yg diproses. hadkan pengambilan gula yang diproses.

6) pengambilan alkohol tidak digalakkan.

7) jika masih ingin memakan daging, hadkan pengambilan daging merah kpda kurang dripda 3 auns sehari. lebih baik memilih ikan, ayam atau daging yang bukan dripada haiwan ternakan sbgai ganti daging merah.

8) batasi pengambilan makanan berlemak terutama daripada sumber haiwan. gunalah minyak sayuran yg sesuai secara sederhana.

9) batasi pengambilan makanan brgaram dan penggunaan garam dlm masakan dan hidangan. gunakan herba dan rempah sebagai perasa makanan.

10) jangan makan makanan yg tercemar dengan kulat.

11) gunakan peti sejuk utk menyimpan makann yg cepat rosak.

12) jangan makan makanan yg disalai. utk pemakan daging dan ikan, elakkan dari mebakar jus daging. makanlah makann ini sekali sekala sahaja. :daging dan ikan yg disalai atas api serta daging yg diawet serta diasapkan.

13) bagi mereka yang mengikuti saranan yg diutarakan disini, diet suplemen mungkin tdk perlu malah tdak dpat membantu mengurangkan risiko kanser.

14) jangan merokok atau menguyah tembakau.

Jun 18, 2011

~selamat bermujahadah~

assalamualaikum..

alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya, dapat lagi kita bertemu dan meneruskan perjuangan kita... pejam celik2x, kita da dkat 2 tahun da blaja same2… skjap je rsenye masa berlalu, skrg dah masuk sem 2 degree dah pon…

ahsantum dan jutaan tahniah diucapkan kepada sahabat2 yang mendapat keputusan yg cemerlang pd sem lpas… teruskan legasi kecemerlangan anda untuk sem2 seterusnye… jgn lupa untuk bersyukur pada-Nya kerana memurahkan rezki bagi anda… dan kpd sahabat yg rasa kputusan yg anda dpt kurg memuaskan, tingkatkan usaha…!!! moga dapat lakukan suatu anjakan pada sem seterusnya… “berusaha”=D

disini saya ada sertakan proforma untuk subjek2 semester 2 dan kepada sahabat2 yg blum dpt bleh la download kat sini….
(yg ni sekadar rujukan awal… proforma sebenar kne mintak kat lecturer yg mengajar)… akhir kalam tingkatkan prestasi, teruskan legasi…



p/s: kalau nk tgok sisipan memori sem 1 rsenye bleh tgok kat blog cerita hati… 

kunci

sesiapa yang nak berjaya harus berani berubah

Jun 12, 2011

~nukilan pertama~

Assalamualaikum… 

Alhamdulillah, segala pujian bagi-Nya Al-kholiq yang mengurniakan kita segala nikmat dan masih lagi kita tetap berada dalam nikmat-Nya yang paling besar iaitu IMAN dan ISLAM…(Alhamdulillah)

Sedar atau tidak kita dah hampir 2 tahun berada di IPSAH. Belajar menuntut ilmu bersama, bermain, bersahabat dan macam2 lagi perkara telah KITA harungi BERSAMA. Tapi hari ini, kita dah capai satu lagi kemajuan dalam kebersamaan kita. Tercipta satu laman menjadi tempat nukilan persahabatan yang kita jalinkan dalam perjuangan. sekali lagi kita harus mengangkat tangan mengucapkan pujian tanda kesyukuran kepada Tuhan yang sentiasa memberikan kesempatan.

Buat sahabat, jadikan laman ini sebagai suatu medan untuk kita mencapai mardhotillah kerana sesungguhnya setiap perkara baik yang kita lakukan adalah ibadah. Mungkin dengan wadah ini dapat kita sama2 kita manfaatkan dalam proses pembelajaran dan pada masa yang sama mengangkat usaha dakwah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Ingat!!! pada akhir zaman orang2 yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api..andai terus di genggam hancur luluh jiwanya..namun andai dilepaskn hancurlah dunia...Jangan takut untuk berjuang kerana orang2 yang berjuang ini memang dirintangi ujian..sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang2 yang sabar..Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan syurga impian...
cukup sekadar disini buat nukilan pertama dan perkongsian pertama kami. Moga dengan redha-Nya dapat kita bersua kembali pada masa hadapan. Akhir kalam, assalamualaikum… =)


ThE BloG LisT