Jun 12, 2011

~nukilan pertama~

Assalamualaikum… 

Alhamdulillah, segala pujian bagi-Nya Al-kholiq yang mengurniakan kita segala nikmat dan masih lagi kita tetap berada dalam nikmat-Nya yang paling besar iaitu IMAN dan ISLAM…(Alhamdulillah)

Sedar atau tidak kita dah hampir 2 tahun berada di IPSAH. Belajar menuntut ilmu bersama, bermain, bersahabat dan macam2 lagi perkara telah KITA harungi BERSAMA. Tapi hari ini, kita dah capai satu lagi kemajuan dalam kebersamaan kita. Tercipta satu laman menjadi tempat nukilan persahabatan yang kita jalinkan dalam perjuangan. sekali lagi kita harus mengangkat tangan mengucapkan pujian tanda kesyukuran kepada Tuhan yang sentiasa memberikan kesempatan.

Buat sahabat, jadikan laman ini sebagai suatu medan untuk kita mencapai mardhotillah kerana sesungguhnya setiap perkara baik yang kita lakukan adalah ibadah. Mungkin dengan wadah ini dapat kita sama2 kita manfaatkan dalam proses pembelajaran dan pada masa yang sama mengangkat usaha dakwah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Ingat!!! pada akhir zaman orang2 yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api..andai terus di genggam hancur luluh jiwanya..namun andai dilepaskn hancurlah dunia...Jangan takut untuk berjuang kerana orang2 yang berjuang ini memang dirintangi ujian..sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang2 yang sabar..Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan syurga impian...
cukup sekadar disini buat nukilan pertama dan perkongsian pertama kami. Moga dengan redha-Nya dapat kita bersua kembali pada masa hadapan. Akhir kalam, assalamualaikum… =)


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

ThE BloG LisT