Oct 12, 2011

Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi

Bismillahhirrohmanirrahim...
Alhamdulillahhi robbil 'alamin wassolaatu wassalaamu 'ala ashrofil anbiyaa iwal mursalin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Segala pujian hanya untuk yang memberi kita untuk terus hidup sehingga saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Sollu 'alaih. Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang dikasihi, keif halukum? Arju 'alaikum bissihhat wal 'afiyah daiman, inshaALLAH... Awwalan, ana asifah jiddan jiddan sebab inilah pertama kali ana "menyemakkan" diri dalam blog  ni. Maaf sangat-sangat. Bukannya tak nak update tapi sebab tak tau nak update apa. Lagipun, banyak hal yang mesti diutamakan dahulu. Jadi, inilah yang mampu ana kongsikan. ^_^

InshaALLAH, ana nak berkongsi tentang "Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi" untuk "entry" kali ni. Sila baca kisah ini dengan penuh penghayatan ye... Selamat membaca... :)

Auchak!

Alkisah pun bermula...

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini...???"


Jawab lelaki tersebut, "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan. Kemudian, aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku."

Kemudian berkatalah ahli sufi, "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan ALLAH. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif. Lalu, ALLAH beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yang kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya ALLAH, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

*********
Kesimpulan: Hmm, ana sendiri pun akui ana pernah jugak terlibat dalam "gejala yang tak sihat" ni. Tula, orang kata senang cakap je tapi susah nak laksanakan. Kadang-kadang, asyik sangat dengan hal dunia sampai lupa ada satu lagi dunia yang tengah menanti. Pernah alami tak? ALLAH tak pernah lupa akan tugasNya kepada kita, tapi kita? ALLAH bagi kita rezeki contohnya makanan, sebut ALHAMDULILLAH tak? Entah-entah. baca BISMILLAH pun tak tentu lagi. Ya ALLAH, apa nak jadi dengan hambaMu ini? Semoga kita tak terus leka lagi, dunia pun dah semakin tenat ni. Banyak sangat bencana dah menimpa dunia... Salah siapa? Kita jugakkan? ASTAGHFIRULLAH...

Sila renungkan maksud ayat 17 dari Surah al-Isra' ini;

Maksudnya: Dan berapa ramai yang telah kami hancurkan kurun-kurun terdahulu sebelum Nabi Nuh dan cukuplah dengan Tuhan engkau dengan dosa-dosa hamba-hambaNya sangat mengetahui dan sangat melihat.

Itulah tanda-tanda peringatan dari ALLAH buat kita sebenarnya, sedar tak? Alhamdulillah kalau dah sedar, jom sama-sama "top up" apa yang patut. Kalau tak sedar-sedar lagi, tak taulah nak kata apa. Sila cepat-cepat SEDARkan diri ye. 


"DUNIA SEMAKIN TUA"
Ma'assalamah wa ilal liqo'.... :)

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

ThE BloG LisT