Feb 5, 2012

Bukan semudah ABC

Assalamualaikum to all readers and bloggers!

Alhamdulillah, hati ini dijentik untuk berkongsi salah satu penulisan yang dibaca. InshaAllah moga perkongsian saya pada kali ini sama-sama memberi kekuatan kepada kita untuk terus melebarkan sayap dakwah tanpa mengenal erti penat lelah. Perkongsian kali ini juga peringatan buat diri saya sendiri yang kadang-kala mudah kecewa sehingga terlintas di hati putus asa dalam meneruskan mujahadah cinta Allah. Nauzubillah! Moga perisai kekuatan CINTA ALLAH yang dibina untuk meneruskan misi ini tidak dihancurkan! Ameen. 
 

Kawan-kawan, dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah. 
 

Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.

Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam islam? 
Bosankah kau untuk berjuang?"

Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17

Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."

Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. 

Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan. Tetapi baginda setiap hari ditohmah dan dihina kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.

Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.

Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. 
 
MUHASABAH DIRI :)
Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar!

Copy-> Paste-> Edit-> Dari: SUMBER ARTIKEL : ILUVISLAM-TAZKIRAH-DAKWAH

2 comments:

  1. osem cik kidal ni..!!! sngat brterima kasih atas updated anda.. :D

    ReplyDelete
  2. ouh, toce2! hihi.. xde ape pon la 'cerita hati'.. Kebetulan ada terbaca something, jadi tergerak untuk update n share kt sini~

    ReplyDelete

ThE BloG LisT